Rabu, 11 Disember 2013

ESEI KUMPULAN ( MASALAH AKADEMIK YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR SUKAN)

1.0         Pengenalan

Penglibatan mahasiswa dalam bidang sukan di universiti sering dikaitkan dengan pencapaian akademik mereka dalam setiap peperiksaan yang dijalankan. Bagi mahasiswa yang aktif bersukan dengan mewakili universiti ke kejohanan sukan seperti Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) dikatakan punca mereka mendapat keputusan yang tidak begitu memberangsangkan. 
Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif yang bertujuan untuk meninjau sejauh mana penglibatan pelajar dalam bidang sukan akan mempengaruhi pencapaian akademik mereka. Pada hari ini, kecemerlangan akademik menjadi asas kepada pengukuran kejayaan seseorang individu. Sebahagian besar masyarakat hari ini lebih mementingkan prestasi akademik yang cemerlang agar memperolehi status yang lebih berprestij. 

Pendidikan dari segi falsafah bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu yang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual.  Walaupun terbukti nilai-nilai positif dalam kegiatan sukan dan rekreasi, Namun kebimbangan terhadap gangguan prestasi akademik masih lagi tetap wujud (Kantha Kumar, 1985). Masyarakat masih lagi berpendapat penglibatan  secara aktif dalam sukan akan memberi kesan yang negatif terhadap prestasi akademik mereka. Ada yang merumuskan penglibatan  penglibatan pelajar dalam sukan akan menyebabkan masa tidak cukup untuk mengulangkaji pelajaran.

Prestasi akademik sering dikaitkan dengan sukan yang diceburi. Kegagalan dalam pelajaran selalunya dirujukan kepada masa  yang banyak digunakan untuk bersukan dan aktiviti rekreasi.  Pandangan sebegini seringkali kedengaran walaupun telah banyak kajian dibuat bagi menyakal kenyataan ini (Webb H, 1996 ; Mohd Yunsuff, 1983 ; Mohd Razali 1983 ; Eleanor, 1984). Kajian Mohd Yusof (1983) misalnya mendapati bahawa penglibatan dalam sukan dan aktiviti kokurikulum yang lain tidak menjejaskan prestasi akademik asalkan mereka tahu mengagihkan masa untuk bersukan dan untuk akademik. 

Coleman (1983) dalam kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar sekolah tinggi menghargai aktiviti ko-kurikulum lebih dari kerja akademik mereka. Beliau berkata fenomena ini boleh membawa hasil negatif kepada pencapaian akademik.

Justeru itu, kajian ini dibuat untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar sukan dan rekreasi dalam bidang akademik. Kajian ini juga, bertujuan untuk mendapat maklumat berkaitan pencapaian pelajar sukan dan rekreasi yang aktif dalam bidang sukan dan  pada masa yang sama cemerlang dalam bidang akademik.

2.0      Pernyataan Masalah/Persoalan

Sebahagian ibubapa, terutamanya masyarakat luar bandar masih percaya bahawa penglibatan dalam bidang sukan akan menjejaskan prestasi pelajaran anak-anak mereka. Ini disebabkan masyarakat di Malaysia masih belum boleh menerima kenyataan meluas bahawa penglibatan dalam sukan bukan sahaja memberi kebaikan
kepada anak-anak mereka dari segi kesihatan, tetapi juga boleh menjamin masa depan kerjaya anak-anak.

Bagi sesetengah individu pula, mereka masih lagi  menganggap kegiatan sukan mengganggu masa belajar serta prestasi seseorang pelajar dalam akademik, bagi memastikan apakah benar bahawa tanggapan yang dibuat dengan beberapa persoalan telah dibuat untuk dalam kajian ini bagi menjawab persoalan yang bermain difikiran sesetengah masyarakat hari ini.

Sehubungan dengan itu, pernyataan masalah kajian ini adalah membandingkan pencapaian akademik mahasiswa di Universiti Kebangssan Malaysia. 

Berikut merupakan persoalan kajian :
2.1     Adakah kegiatan sukan mengganggu prestasi akademi  pembelajaran.
2.2       Adakah kegiatan sukan menyebabkan PNGK pelajar  yang rendah dalam setiap kali peperiksaan.
2.3  Adakah kegiatan sukan menyebabkan pelajar tidak mempunyai masa yang cukup untuk untuk mengulangkaji pelajaran.

 3.0     Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pelajar sukan dan rekreasi dalam bidang akademik.
3.1  Bagi mengetahui adakah kegiatan sukan mengganggu prestasi akademik.
3.2  Untuk mengenalpasti kesahihan pendapat yang mengatakan  penglibatan dalam sukan secara aktif menyebabkan  kemerosotan PNGK dalam  keputusan peperiksaan.
3.3  Untuk mengetahui adakah kegiatan sukan mengganggu waktu untuk  mengulangkaji pelajaran.

4.0  Metodologi Kajian

Persampelan rawak mudah digunakan bagi menentukan responden dari tempat yang dikaji. Ia merupakan kajian berdasarkan kepada sebuah institut pengajian tinggi iaitu tempat penyelidik belajar. Ia akan memudahkan penyelidik mendapat maklumat-maklumat daripada responden dan mentadbir kajian dengan mudah dan tepat.

     Dalam kajian ini satu set soalan soal selidik yang digunakan untuk mengumpul data. Soal selidik ini mengandungi empat bahagian.

     Bahagian pertama merupakan bahagian biodata responden, bahagian kedua ialah penilaian tahap penglibatan pelajar dalam sukan. Bahagian ketiga pula ialah penilaian terhadap masalah yang dihadapi oleh sukan dan rekreasi dalam bidang akademik dan bahagian yang terakhir mengenai cadangan yang diberikan oleh pelajar sukan dan rekreasi.

 5.0  Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian adalah untuk melihat tahap pencapaian pelajar sukan dalam bidang akademik dan sejauh mana pelajar sukan dapat mengimbangi dan membahagikan waktu bersukan dan belajar.

Pengkaji berpendapat, kajian ini akan memberi satu gambaran mengenai apa yangsedang berlaku di universiti, khasnya bagi pelajar program sukan dan rekreasi dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan. Ini akan memberikan satu kaedah jalan penyelesaian sekiranya terdapat sedikit kelemahan dalam kajian ini. Maka kesedaran tentang sejauh manakah penglibatan pelajar sukan dan rekreasi dalam aktiviti kokurikulum dan sukan dapat dilaksanakan dengan berkesan terutamanya dalam menyelaraskan waktu belajar dengan aktiviti bersukan.

Pelajar di Fakulti Pendidikan dalam program Sukan Dan Rekreasi dipilih untuk menjadi responden dalam kajian ini dapat menilai dan memberi pendapat mereka secara peribadi tentang aktiviti yang mereka jalankan bagi tujuan mengatur, melaksana atau mengelolakan aktiviti tersebut agar tidak mempengaruhi dan mengganggu masa belajar mereka.

Pentadbir universiti harus bijak dalam merancang, mengurus, mentadbir aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan agar selaras dengan hasrat kerajaan, masyarakat dan ibubapa berdasarkan pekeliling atau garis panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Pemahaman ibubapa atau waris pelajar terhadap pentingnya penglibatan anak-anak mereka dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti sukan dimana kebanyakannya ibubapa tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja dalam sektor pertanian/sawah yang masih memerlukan sokongan dan perhatian oleh pihak-pihak tertentu.

 6.0 Lokasi/Skop Kajian

Responden bagi kajian ini terdiri daripada kalangan para mahasiswa dan mahasiswi di Fakulti Pendidikan Sukan dan Rekreasi di Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi pemilihan sampel kajian pula, pengkaji akan menggunakan kaedah persampelan secara rawak bertujuan iaitu sampel yang digunakan ditetapkan mengikut ciri-ciri atau kriteria oleh pengkaji. Ia dipilih secara rawak di dalam kumpulan sasaran yang telah ditetapkan. Responden yang dipilih bagi kajian ini adalah dalam kalangan para mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Pendidikan Sukan dan Rekreasi Universiti Kebangsaan Malaysia. Borang soal selidik yang ada akan diedarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi UKM iaitu seramai 30 orang iaitu 24 orang mahasiswa dan enam orang  mahasiswi.

7.0   Analisis Data dan Perbincangan

7.1   Bahagian A (Latar Belakang Responden).

Jadual  7.1.1: Taburan kekerapan jantina  responden kajian. 


Jadual 7.1.2: Taburan kekerapan kaum responden kajian.


Jadual 7.1.3: Jenis sukan yang diceburi oleh responden.



Jadual 7.1.4: Pencapaian tertinggi bidang akademik responden.
             


 7.2  Bahagian B ( Penilaian Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Sukan)

Jadual 7.2.1: Adakah anda terlibat dengan sukan sebelum menyambung pengajian di UKM.



               Jadual 7.2.2:    Anda sangat berpengalaman dan mahir dalam sukan yang anda ceburi.



                Jadual 7.2.3:  Anda menyertai dalam lebih daripada satu sukan.




7.3  Bahagian C (Penilaian Terhadap Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar Dalam Bidang Akademik)

Jadual 7.3.1:  Aktiviti sukan mengganggu masa pembelajaran anda.


              Jadual 7.3.2: Adakah anda mendapat PNGK yang rendah kerana aktif bersukan.



Jadul 7.3.3: Anda sukar mengulangkaji pelajaran kerana menyertai kejohanan luar.


Jadual 7.3.4: Kegagalan menjuarai sesuatu kejohanan menyebabkan anda murung dan gagal                     dalam bidang akademik.



Jadual 7.3.5: ktiviti sukan menyebabkan anda ketinggalan dalam pelajaran.




7.4  Bahagian D (Cadangan)

 Jadual 7.4.1: Kelas tambahan yang diadakan oleh pensyarah amat bermanfaat untuk pelajar                     yang tertinggal dalam pembelajarn kerana bergiat aktif dalam sukan.



Jadual 7.4.2: Peralatan atau perkakasan sukan yang digunakan dalam bilik kuliah untuk sesi                        pembelajarn perlukan penambahbaikan yang terkini.



Jadual 7.4.3: Setiap tugasan dan nota perlulah dimuat naikkan di pautan iFolio bagi memudahkan               pelajar yang terlibat dengan sukan membuat rujukan, mengulangkaji pelajaran  dan                menyiapkan tugasan yang telah diberikan.




8.0 Cadangan/Kesimpulan

Daripada penganalisaan data, boleh dikatakan bahawa penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang sukan tidak mendatangkan implikasi negatif terhadap pencapaian akademik mereka. Keputusan kajian ini bertepatan dengan hasil kajian yang dijalankan oleh Mohd Razali (1993) di mana beliau juga mendapati sebilangan besar daripada responden berpendapat bahawa penglibatan mereka dalam bidang sukan tidak menjejaskan pencapaian akademik.

Kebanyakan mereka berpendapat bahawa pembahagian masa yang bijak antara akademik dan sukan banyak membantu mencapai kejayaan dalam pelajaran selain dapat menyelaraskan masa berkualiti mereka dengan bijak. Para atlet yang juga pelajar Sukan dan Rekreasi dapat memberi tumpuan yang lebih semasa kuliah berjalan kerana tahu mereka banyak menghabiskan masa di gelanggang/padang. Para atlet juga berpendapat bahawa bersukan boleh membantu menyihatkan otak, menyihatkan tubuh badan dan membantu mengekalkan kecergasan fizikal dan mental mereka. Oleh itu walaupun mereka aktif bersukan tetapi dapat belajar dengan baik dan senang mengingati pelajaran kerana gaya hidup pelajar yang aktif.

Pendapat pelajar bahawa dengan aktiviti sukan pada masa kini boleh menjamin masa depan seperti peluang untuk mendapatkan pekerjaan, biasiswa, kenaikan pangkat dan sebagainya. Ini kerana pelbagai jaminan dan inisiatif yang telah direncana oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan dan kepentingan atlet yang banyak berjasa dan mengharumkan nama negara di peringkat profesional.

Pelajar juga menyatakan bahawa mereka mampu dan mempunyai masa antara 1 – 5 jam untuk mengulangkaji pelajaran jika ketinggalan dalam pelajaran ketika sesi kuliah. Ini selaras dengan dapatan kajian Eleanor (1984) dan Lim (1991) di mana mereka mendapati pelajar memperuntukan masa antara 2 – 5 jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran.

Sebagai kesimpulannya, banyak faktor yang mempengaruhi prestasi akdemik seseorang pelajar. Sehubungan dengan itu, kita perlu rasional apabila berhadapan dengan situasi sebegini. Terdapat beberapa faktor lain yang terlalu personal seperti pengaruh keluarga, sikap, suasana pembelajaran di rumah, pengaruh rakan sebaya, pengaruh daripada pensyarah atau guru, kaedah pengajaran dan pembelajaran, minat dan aspirasi pelajar itu sendiri.

Kesimpulan yang boleh dibuat hasil kajian ini ialah penglibatan secara aktif dalam bidang sukan tidak mempengaruhi pencapaian akademik bahkan dari segi kecemerlangan, mereka lebih baik berbanding dengan pelajar yang tidak aktif bersukan.

Selain faktor bersukan, terdapat faktor-faktor lain yang membantu mereka berjaya dalam pelajaran seperti pengaruh keluarga, pengaruh persekitaran, galakan dan motivasi yang berterusan dari semua pihak. Ungkapan-ungkapan seperti badan sihat otak cergas, bersukan menyihatkan badan dan seumpamnya jelas boleh diterima dan mempunyai perkaitan yang langsung dari segi kecerdasan minda dan kesihatan badan.



9.0 Rujukan

Beau, F. A. (1982). The mental ability of athletes in comparison with non-athletes in high school.                   American School Board Journal, 73 (2), 45 – 155. 

Coleman, J. S. (1983). The Adolescent Society. New York: Free Press of Glencoa. 

Eleanor Ann Tan Lye Neo. (1984). Kajian pencapaian akademik di kalangan para atlit dan bukan atlit           di peringkat Sijil Rendah Pelajaran. Projek Khas Sarjana  Muda yang Tidak Diterbitkan. Serdang:           Universiti Putra Malaysia. 

Kantha Kumar Ramasamy. (1985). Kaedah permainan dalam proses pengajaran   pembelajaran           
          pendidikan jasmani. Jurnal Institut Pendidikan Darul Aman, 19,   8 – 13.

Lim Chew Sin. (1991). Satu kajian pencapaian akademik di kalangan pelajar atlit  dan bukan atlit. 
           Projek Khas Sarjana Muda yang Tidak Diterbitkan. Serdang:  Universiti Putra Malaysia.

Mohd Razali Abdullah. (1983). Perbandingan prestasi akademik atlit dan bukan atlit di Sekolah 
          Menengah Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Journal Akademik. Maktab Perguruan Kuala                   Terengganu, Jilid IX, 39 – 47. 

Mohd Yusoff Man. (1983). Sejauhmana penglibatan murid-murid dalam gerakerja ko-kurikulum di             sekolah mempengaruhi pencapaian akademik. Projek Khas   Sarjana Muda yang Tidak               
         Diterbitkan.  Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Webb, H. (1969). Professionalization of attitudes towards play among adoslecent.  Aspect of    
        Contemporary Sport Sociology. Chicago : The Athletic Institute.

Rabu, 4 Disember 2013

Video Kumpulan (BOLA KERANJANG)


Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Untuk tugasan kali ini kami diberi kebebasan untuk memilih jenis alatan sukan untuk kami jadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM).Ini adalah bahan bantu mengajar (BBM) bukan elektronik yang telah saya siapkan. Saya telah memilih stick hoki untuk dijadikan bahan bantu mengajar saya. Ianya merupakan stick hoki. Bahan yang saya gunakan untuk membuat bahan bantu mengajar ini adalah kayu. Ini adalah 10 keping gambar bahan bantu mengajar saya dari sudut yang berbeza.


GAMBAR 1


GAMBAR 2


GAMBAR 3


GAMBAR 4


GAMBAR 5


GAMBAR 6


GAMBAR 7


GAMBAR 8


GAMBAR 9


GAMBAR10


Selasa, 3 Disember 2013

Ahad, 1 Disember 2013

KULIT BUKU


salam. ini adalah kulit buku yang telah saya siapkan. just simple. :)



Isnin, 4 November 2013

10 Video Teknologi dan Inovasi dari YouTube



10 ALATAN TEKNOLOGI & INOVASI SUKAN DAN KESIHATAN




1) ALAT TERAPI KESIHATAN ELEKTRIK ION NEGATIF (ANION) ACULIFE



Alat Terapi Kesihatan Potensi Elektrik Statik Ion Negatif dari Aculife ini dapat membantu kita untuk membersihkan organ-organ penting, membersihkan darah, mengaktifkan sel-sel dan mengawal sistem saraf autonomik. Ia menggunakan mikro-getaran pada frekuensi 60 Hertz untuk merangsang peredaran dalam badan, membersihkan saluran darah sisa terkumpul, bahan-bahan yang berasid dan asid urik dan mengeluarkan mereka melalui pergerakan usus, membuang air kecil dan berpeluh. Jadi, jika seseorang mendapati bahawa air kencing mereka bertambah pedas, atau najis mereka menjadi gelap atau kemunculan jerawat selepas duduk di atas alat terapi ini, seseorang itu tidak perlu bimbang kerana ini adalah tanda-tanda detoksifikasi normal.



       2) Neck Massager



Neck Massager diperbuat mengikut teori perubatan barat, iaitu elektromagnetisma dan terapi perubatan suhu tinggi. Ia merupakan satu alat perubatan dan penjagaan kesihatan yang berteknologi tinggi serta boleh digunakan di rumah.


 Ia direka berdasarkan ciri-ciri fisiologi dan patologi anatomi tulang belakang servikal. Ia dihasilkan akibat integrasi terapi gelombang elektromagnetik ultra panjang, terapi magnet, terapi terma gelombang haba dan terapi denyutan elektrik bagi memberikan rawatan yang lebih pertinen, mudah dan berkesan

v  Alat rawatan ini dihasilkan berdasarkan prinsip keselamatan, sains dan efikasi. Reka bentuk luarnya diperbuat mengikut prinsip ergonomik, maka menjadikannya ideal digunakan sebagai terapi untuk tulang belakang dan bahu manusia.

v  Alat ini juga ringan dan comel, serta dioperasikan melalui suis sentuh dan cip bersepadu yang khusus. Persembahannya stabil dan boleh digunakan semasa tidur kerana ia selamat, selesa dan senang.



        

        3) Alat timbangan dan ukuran tinggi badan





Timbangan berat badan dan tinggi badan dalam satu produk. Penunjuk berat badan berupa mekanisme putaran jarum. Rentang Pengukuran Berat dari 0 kilogram hingga 120 kilogram. Alat ini mempunyai Sub-divisi berat iaitu 0.5 kilogram. Manakala rentang Pengukuran Tinggi dari 70 sentimeter hingga 190 sentimeter. Sub-divisi tinggi iaitu 0.5 sentimeter dan ukuran pijakan timbangan sebanyak 38.5 x 28 sentimeter. Dimensi keseluruhan alat ini ialah 90x35x30.5 sentimeter serta berat produknya sebanyak 24 kilogram.



4) Aquanex





Dalam foto di atas Aquanex Jenis B sensor yang digunakan untuk mengukur kuasa pada kaki atas semasa berjalan di dalam air. Aquanex boleh memantau kuasa, menganalisa prestasi, dan kemajuan dokumen. Data boleh digunakan untuk menyokong keberkesanan terapi atau program senaman atau keperluan untuk latihan tambahan.

  • ·         Bandingkan status pesakit data normatif
  • ·         Mewujudkan maklumat asas
  • ·         Mengira perbezaan dua hala
  • ·         Menentukan perubahan postoperative pra-vs
  • ·         Menjejaki perkembangan pesakit semasa terapi
  • ·         Menyediakan pesakit dengan maklum balas kuantitatif
  • ·         Keperluan dokumen untuk terapi berterusan
  • ·         Menunjukkan keberkesanan program anda


5)  X-Tremus Brace






  • ·         JENAMA kelengkapan perlindungan sukan terkemuka, la pointique atau LP Support (LP) yang semakin popular di kalangan ahli sukan amatur dan profesional baru-baru ini melancarkan barisan terbaru produk dari siri X-tremus.
  • ·         Dibangunkan dengan teknologi sukan berketepatan tinggi, pendakap X-tremus memenuhi keperluan setiap atlet dengan perlindungan dan daya prestasi ke tahap maksimum.
  • ·         Pendakap atau pelapik sukan terbaru LP itu adalah keperluan setiap atlet
  • ·         Pendakap atau pelapik sukan terbaru LP itu adalah keperluan setiap atlet khususnya bagi mereka yang terlibat di dalam sukan-sukan pantas seperti bola tampar, bola keranjang, bola sepak dan sukan beraket.
  • ·         Berbeza dengan barisan produk LP yang sedia ada, siri lebih eksklusif ini dipertingkatkan dengan jahitan (kait) tiga dimensi (3D) untuk membolehkan pergerakan yang lebih fleksibel.
  • ·         Kehebatan X-tremus datang dari binaan kompleks yang memanfaatkan tiga teknologi terbaru iaitu pita kuasa ajaib, struktur kontur stabil dan binaan lebih tahan dan kemas.
  • ·         Produk siri teratas keluaran jenama antarabangsa itu kini boleh didapati untuk kegunaan pada empat lipatan utama iaitu pergelangan tangan, siku, lutut dan buku lali.
  • ·         Selain cengkaman yang dipertingkatkan melalui jahitan 3D, balutan elastik X-tremus berupaya menyerap dan melepaskan semula tenaga setiap kali pergerakan sendi dilakukan. Kelebihan yang memberikan atlet lebih prestasi.



          6) Slimming Goggles






v  Alat ini telah dicipta oleh Profesor Michitaka Hirose dan pasukan penyelidiknya di Universiti Tokyo.
v  Alat ini diberi nama ‘slimming googles’ di mana ia boleh membuat makanan kelihatan lebih besar atau kecil. Jadi kegunaan alat ini secara automatik telah menjadi kepada dua iaitu untuk kurangkan berat badan dan membantu untuk menaikkan berat badan.
v  Menurut penciptanya, ujian telah dijalankan ke atas sekumpulan 2 orang lelaki dan wanita dan mendapati bahawa alat ini telah membantu mengurangkan makan sehingga 9.3% daripada tanpa memakai  ‘slimming googles’
v  Kaedah ini dapat menipu psikologi si penakai dan ianya ternyata berkesan.




          7) Bola CTRUS Dilengkapi Kamera







      Kontoversi tidak disahkannya gol Frank Lampard ke gawang Jerman pada Piala Dunia 2010 melatarbelakangi lahirnya bola pintar yang dinamai CTRUS.Berulangkali Federasi Sepak Bola Dunia atau FIFA mengungkapkan keinginannya untuk meminimalisasi kontroversi dari keputusan wasit di lapangan seperti yang terjadi pada gol Lampard. Walaupun FIFA juga mengakui kontroversi wasit merupakan hal yang manusiawi karena segala keterbatasan dari manusia.  Hingga akhirnya ditemukannya CTRUS, bola yang dilengkapi kamera di dalamnya sehingga bisa mengirimkan sinyal pada perangkat khusus yang dikenakan wasit, kalau telah terjadi gol.Namun beberapa pelaku sepak bola, menolak teknologi seperti itu dilibatkan dalam sepak bola, karena bisa merusak keindahan dan sifat alaminya. Tapi FIFA berencana akan menggunakan revolusi teknologi terbaru ini di beberapa turnamen, sekaligus sebagai bola masa depan.



             8) Alat Pencari Bakat Sukan







Aplikasi yang dipilih akan menentu ukur tahap stamina dan kecekapan seseorang melalui respons yang diterima daripada kesan lompatan ke enam arah berbeza di atas panel heksagon. Antara keistimewaan alat ini adalah :-


ü  ianya dicipta untuk mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam sukan tertentu di samping dapat menguji tahap ketangkasan setiap individu mahupun atlet sukan. Selain itu, ciptaannya juga adalah berkemampuan mengukur tahap kecergasan diri seseorang sekali gus menentukan jenis sukan yang sesuai disertai individu berkenaan sama ada seseorang itu boleh bermain badminton, skuasy, tenis, judo, renang dan sebagainya, ia bergantung kepada ukuran tahap ketangkasan atau kelajuan pergerakan tubuh badan dalam keadaan stabil juga seimbang yang diperoleh daripada mesin tersebut. Ia juga bertindak sebagai alat latihan sampingan sekiranya seseorang atlet itu mengalami kecederaan dan tidak dapat menjalani latihan seperti biasa


Cara penggunaan alat tersebut pula adalah :-


Ø  pertamanya, pengguna perlu menekan butang mula dan memilih aplikasi yang bersesuaian sebelum melompat ke enam arah berlainan. Kemudian, pengguna perlu melengkapkan sebanyak tiga pusingan dengan sepantas mungkin dan mesin yang dipasang bersama alat itu akan mengeluarkan keputusan. Justeru, bacaan yang diperolehi daripada mesin adalah tepat dan konsisten dan dari situ kita akan dapat tahu sukan yang sesuai kepada mereka yang membuat ujian itu.





          9) Jam Referee Third Eye








Semua pasti sependapat keakuratan dan ketepatan dari wasit dalam mengambil sebuah keputusan mendapat porsi penting dalam pertandingan sepak bola. Namun karena wasit adalah manusia dengan segala keterbatasannya, kontroversi keputusan kurang tepat pun sering terjadi, seperti masalah offside atau pelanggaran.  Untuk membantu meminimalisasi keputusan kurang tepat itulah, seorang desainer, bernama Andy Kurovets, mendesain jam khusus untuk wasit sepak bola yang diberi nama Referree Third Eye, dilengkapi bluetooth, sehingga asisten wasit hingga wasit cadangan bisa langsung mengirim sinyal jika sebenarnya telah terjadi offside, pelanggaran atau seharusnya penalti. Bahkan wasit utama bisa melihat kejadian sebenarnya di layar. Jika lampu berwarna merah berarti telah terjadi pelanggaran, sedangkan lampu hijau tidak terjadi pelanggaran, sehingga wasit bisa langsung membuat keputusan secara objektif.





        10) SPIDERWEB CAM









  • Teknologi ini memudahkan penganjur perlawanan merakam perlawanan secara menyeluruh
  • Kebiasaan teknologi ini digunakan dalam acara olahraga,bola sepak,dan tenis
  • Spidercm ini dapat menghasilkan pandanan 3 dimensi atau 3d
  • kamera ini merupakan yang mampu bergerak tanpa dibatasi mengikut sudut yang ingin dikehendaki oleh        perakam yang menggunakan teknologi ini.



  • GE 2123 TEKNOLOGI PENDIDIKAN
    FAKULTI PENDIDIKAN, UKM
    SEM 1 2013 – 2014
    JUMAAT ( 11- 12 TENGAHARI)
    DEWAN KULIAH 43.102 DTAMS






    NAMA                          : MUHAMMAD SYAFIQ BIN AZMI
    NO MATRIK                : A142212
    PROGRAM                  : SUKAN DAN REKRIASI
    TAHUN PENGAJIAN   : 2
    EMAIL                          : muhdsyafiqazmi92@yahoo.com
    FACEBOOK                 : Muhammad Syafiq
    NO TEL                        : 019-9242385
    NO TEL RUMAH         : 09-7642012
    ALAMAT KOLEJ         : K13D, KOLEJ IBRAHIM YAAKOB, UKM

    ALAMAT RUMAH       : PT 163 TAMAN DESA WANGI PASIR TUMBOH 
                                           16150 KOTA BHARU, KELANTAN.